fbpx

Program Latihan Kognifi

Program Latihan Pemasaran Digital

Latihan Pemasaran Digital ialah satu program untuk membantu anda menjadi pakar dalam menguasai pemasaran digital. Ia termasuklah menguasai disiplin penting dalam Optimasi Enjin Carian (SEO) , media sosial, PPC (pay per click), conversion optimization, analisis web, content marketing, e-mel dan pemasaran mudah alih (mobile marketing)

Pemasaran digital adalah salah satu stratergi pemasaran yang berkembang pesat di dunia dan latihan ini akan membantu meningkatkan nilai anda di pasaran. Tambahan pula, latihan ini juga akan dapat meluaskan peluang kerjaya anda dalam pemasaran digital. Kami menjalankan latihan pemasaran digital untuk perniagaan dan pemasaran organisasi. anda memerlukan kemahiran yang betul melalui pengalaman praktikal yang sebenar yang lebih meluas, dan ini akan membolehkan anda untuk melancarkan kempen pemasaran digital anda sendiri.  Kami akan mengajar anda mengunakan peralatan (tools) pemasaran digital yang terkini, dan tunjukkan kepada anda bagaimana ia berfungsi. Kami juga akan membantu anda bagaimana untuk mendapatkan idea untuk merangka stratergi anda. Kami menawarkan latihan pemasaran digital yang meluas untuk kumpulan syarikat anda dan kami adalah pakar dalam program latihan yang mengikut keperluan anda.

Program latihan pemasaran digital Kognifi dapat membantu pemilik perniagaan untuk memahami bagaimana trend digital dan alat (tools) menberi kesan terhadap pelanggan anda dan peluang yang dibina untuk berhubung dengan pengguna.

program latihan kognifi

Program Latihan WordPress

Kami telah mengadakan beberapa program latihan WordPress sebelum ini. Sesi pertama telah diadakan untuk pemasar internet, sesi kedua untuk pemilik perniagaan dan komuniti pemasaran. Mereka  berminat untuk mempelajari apa itu pemasaran digital dan bagaimana untuk membina laman web yabg efektif untuk mendapatkan traffic.

Mereka yang terlibat dengan pemasaran internet berminat untuk mempelajari bagaimana untuk reka bentuk laman web, menuyusun kandungan dalam laman web, dan juga mendapatkan plugin yang mudah untuk melakukan SEO, indexing dan sitemaps. Bagi kumpulan pemasaran digital pula, minat mereka lebih kepada pengurusan nama domain, jenis hosting, dan bagaimana cara mudah untuk menggunakan dan menguruskan WordPress. Program Latihan Kognifi tentang WordPress ini adalah untuk penduduk teemptan dapat membuka mata tentang apa kesederhanaan yang diperlukan dalam memperoleh domain dan menguruskan akaun hosting.

Bukan itu sahaja, program latihan WordPress Malaysia ini telah berjaya dalam mengubah pengiklan tradisional, pemasaran dan webmasters kepada dunia digital.

wordpress training
social media training

Program Latihan Media Sosial

Pemasaran media sosial adalah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan perniagaan dan untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan baru. Kemampuan untuk menggunakan media sosial untuk menarik minat orang ramai dan membina hubungan dengan pelanggan adalah menjadi satu kemahiran yang perlu pada ekonomi masa kini.

Kami menyesuaikan program latihan media sosial kami untuk perniagaan anda. Dari perniagaan kecil yang baru hendak bermula sehingga perniagaan besar, kami adalah pakar dalam membentuk idea untuk meningkatkan hasil media sosial anda. Program latihan ini akan membantu anda untuk mahir dalam taktik dan menyusun stratergi dalam menggunakan optimasi enjin carian dan pemasaran media sosial.

Dengan program latihan media sosial ini, anda akan merasai pengalaman sebenar dengan rangkaian media sosial dan alat komunikasi seperti blog, podcasts and RSS feeds. Tumpuan program latihan ini adalah menggunakan platform media sosial yang ada untuk memantau perbualan dalam talian, berhubung dengan komuniti dalam talian dan mempengaruhi prospek.

web analytics training

Program Latihan Analisis Web

Program latihan analisis web ini akan memastikan anda untuk mahir dalam Analisis Web, Digital dan Analisis Data yang anda perlukan anda meningkatkan pemasaran dan perniagaan.

Program latihan ini  akan merangkumi konsep kunci analisis digital, analisis media sosial, analisis multi-channel, penyelidikan kualitatif dan banyak lagi yang membolehkan anda untuk membuat keputusan untuk perniagaan syarikat anda.

Dengan program latihan Web Analisis Kognifi, anda akan memperoleh pengetahuan yang mendalam dan pengalaman praktikal yang dilengkapi dengan teknik dan alat (tools) yang anda boleh praktikkan dengan mana-mana peranan web analisis.

Submit Training Request:

12 + 4 =

Call 2 Enquire