Terdapat banyak kemahiran yang perlu dikuasai untuk membina laman web yang berjaya, efektif dan penuh dengan maklumat yang berguna. Tenaga kerja yang ramai juga diperlukan untuk membina sebuah laman web, melainkan anda mahu membayar kepada syarikat lain, dimana banyak syarikat yang melakukannya dan ia adalah satu idea yang bagus. Tambahan pula, laman web yang kami bina adalah untuk seseorang atau sesebuah syarikat untuk menjalankan perniagaan. Perkara yang terbaik dalam membina sebuah laman web ialah anda berpeluang untuk mempelajari banyak kemahiran, dan menguasai disiplin dan peraturan yang penting dalam pembinaan laman web, dimana ia tidak dititik beratkan lama dahulu.

Jika membuat keputusan untuk membayar seseorang untuk menguruskan laman web anda, anda perlu tahu bahawa anda hendaklah mengetahui serba sedikit tentang mereka untuk memudahkan kerja anda. Disini ada beberapa perkara penting dalam membina sebuah laman web perniagaan yang berjaya.

Apakah tugas, cara melakukan dan peralatan yang diperlukan?

Kemahiran Asas Membina Laman Web Perniagaan yang Berjaya

Perkara pertama yang perlu tahu dalam memulakan sebuah laman web ialah, anda perlu memahami asas tentangapa fungsi laman web.  Anda harus filirkan tentang bagaimana bentuk laman web anda, laluan traffic di laman web anda, dan bagaimana anda mahu pelawat anda lawati laman web anda. Semua perkara penting ini dikenali sebagai customer journey. Dan ini adalah titik mula untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya.

Secara asasnya, anda perlu mempunyai idea untuk bagaimana laman web anda bekerja. Tentukan perkara yang anda mahu dan pecahkan ia kepada beberapa bahagian. Lebih mudah jika anda lakarkan ia dengan menggunakan pen dan kertas sebagai idea permulaan anda. Jika anda boleh melakukannya denganm baik, anda akan dapat benar-benar memahami tujuan dan matlamat laman web perniagaan anda.

Kemahiran Enjin Carian

Anda boleh melakukan segala-galanya jika anda mahir dalam mencari sesuatu perkara didalam talian. Dan ia adalah faktor penting untuk diketahui. Bagaimana untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan tentang produk atau perkhidmatan anda. Sebuah laman web perniagaan yang berjaya dapat memberi jawapan kepada pengguna dalam talian. Dan jawapan yang paling relevant adalah jawapan yang dapat membawa pengguna talian pergi ke laman web anda. 

Kemahiran Asas FTP

FTP adalah singkatan kepada File Transfer Protocol, dan ia adalah seperti memindahkan semua fail maklumat di komputer anda. Bezanya ialah, kesemua fail ini bukan berada didalam komputr anda tetapi terletak di pelayan hosting di laman web anda. Secara jujurnya, anda tidak perlu belajar tentang bagaiman untuk menggunakan FTP client seperti FileZilla untuk memulakna sebuah laman web, tetapi ia sangat membantu jika anda merancang untuk membuat apa-apa perubahan dilaman web anda.

Jika anda mahu memasang plugin,sebagai contohnya, jika berlaku 500 ralat dalam self-hosted WordPress anda, anda perlu tahu untuk memperbaikinya melalui admin apnel kerana ia akan berlaku ralat juga. Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu, sama ada meminta bantuan daripada orang yang pakar dalam hal ini, bayar mereka dan tunggu mereka membaikinya, atau anda lakukannya sendiri, padam folder plugin dari pelayan (server) dan laman web anda akan berfungsi semula.

Google Analytic

Kognifi SEM Keyword and Analytics

Google Analytics sangat penting dalam memberi maklumat tentang laman web anda. Anda perlu tahu untuk bagaimana untuk menggunakan Google Analytics dengan betul, dan kemudian ia akan memberikan banyak maklumat tentang laman web anda seperti berapa ramai pelawat yang mengunjungi laman web anda, dari mana mereka datang, apa yang mereka lakukan di laman web anda dan adakah mereka akan mengunjungi laman web anda semula.

Dalam erti kata lain, semua anda perlu tahu untuk membuat laman web anda menjadi lebih baik ada jawapannya di Google Analytics. Sebab itulah, berdasarkan W3 Techs, 51% dari pemilik laman web menggunakan Analytics untuk menjejaki metrics mereka.

Reka Bentuk Graphic dan Maklumat

Kognifi Successful Bussiness Website Graphic Design

Beberapa perkara dilihat lebih baik dari perkara lain, dan mereka nampak lebihik dengan sebab yang tertentu.

Laman web denganmaklumat yang berguna tetapi dengan reka bentuk yang tidak menarik tidak akan dapat menarik minat pengguna dalam talian. Jadi, anda perlu dan begitu penting untuk anda mempelajari tentang susun atur (layout), reka bentuk (design), pemilihan warna yang wajar dan menarik dan segala apa yang anda letak perlu mempunyai logik dan penerangannya yang tersendiri.

Kepentingan Penulisan Isi Kandungan & SEO dalam Perniagaan Laman Web yang Berjaya

kognifi_web-design-building_content-writing-seo-1024x515

SEO adalah sesuatu perkara yang sentiasa berubah dan tidak tetap. Terma tentang SEO mempunyai sedikit percanggahan sekarang dengan semua orang yang masih bercakap tentang kata kunci (keywords). Sedangkan enjin carian juga tidak lagi mementingkan kata kunci. Enjin carian lebih mementingkan frasa, context, dan penggunaan blog yang kerap. Melakukan SEO dengan betul adalah mudah dengan memasang plugin seperti Yeost dengan betul. Isi kandungan pula haruslah relevant, difahami dan dan mudah untuk dibaca.

Pengekodan (Coding)

kognifi web design building coding

HTML,CSS, .JS dan PHP membuatkan dunia web menjadi lebih luas dan besar. Anda tidak perlu tahu kesemuanya tentang semua itu, tetapi jika anda tahu salah satu dari perkara itu dengan lebih mendalam akan menjadikan hidup anda lebih mudah dengan cepat.

Terdapat pelbagai sumber untuk anda mempelajari tentang pengekodan, dan ada beberapa perkara yang dilakukan dalam pengekodan dapat membantu laman web anda menjadi lebih baik juga.

Kemahiran Interpersonal

Dalam era digital ini, ramai orang tidak mementingkan tentang kemahiran interpersonal. Adalah penting untuk anda menjadi lebih mesra, mudah didekati, dan juga anda perlu tahu untuk bagaimana mengelakkan orang mengambil kesempatan terhadap anda. Caranya mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Kemahiran interpersonal ini bukanlah perkara penting untuk memulakan laman web anda, tetapi haranpnya ia akan memberi beberapa idea kepada anda.

Semua kemahiran interpersonal ini sangat penting pada masa kini dan mempunyai banyak saingan. Mebina laman web adalah satu perkara yang bagus dan ia adalah asas kepada sebuah pembinaan laman web perniagaan yang berjaya.

Summary
SEO Digital Marketing Agency
Service Type
SEO Digital Marketing Agency
Provider Name
Kognifi Sdn Bhd,
Suite 8-1, 8-2, Level 8 Menara CIMB,,No. 1, Jalan Stesen Sentral 2, KL Sentral,Kuala Lumpur-50150,
Telephone No.(+60)3 2298 8440
Area
Malaysia
Description
Kognifi is an SEO digital marketing agency and company. We use research-based search engine marketing to rank businesses online in the search engine results pages. We use AdWords and SEO to achieve this. Contact us now to get your website rank in search engine.
Call 2 Enquire
%d bloggers like this: