Mengapa pemilik perniagaan kecil mempunyai bantahan memiliki laman web perniagaan dan tidak mengambil kesempatan dan peluang untuk menceburkan diri dalam pemasaran dalam talian? Seberapa ramai rakan-rakan anda atau anda sendiri yang mengelak untuk mengiklankan produk anda secara atas talian?  Berhenti membuat alasan kerana pemasaran dalam talian adalah satu stratergi yang yang hebat dan berkesan untuk mengembangkan perniagaan anda. Pemasaran adalah kunci utama untuk membawa lebih ramai pelanggan lagi. Tetapi masih juga, pemilik perniagaan kecil terus membuat alasan dan tidak mahu terlibat dalam pemasaran dalam talian. Mereka mungkin terikat dengan bajet yang kecil, tiada masa atau tidak tahu cara untuk melakukannya.

10 alasan untuk tidak memiliki laman web perniagaan

 

1 . Saya sudah melakukan perkara lain.

Menguruskan sesebuah perniagaan memerlukan kerja keras dan masa yang banyak. Kita tahu bahawa pemilik perniagaan sentiasa sibuk untuk memastikan pelanggan mereka berpuas hati dengan khidat dan produk mereka. Anda boleh menjadi pemilik perniagaan yang hebat tetapi produk anda tidak akan terjual dengan sendirinya. Jika anda tidak bercakap tentang produk anda, tiada siapa yang akan tahu tentang perniagaan dan produk anda.

2 . Saya tidak menjual produk atas talian.

kognifi_bantahan_Tidak-menjual-barangan-atas-talian

Bagi pemilik perniagaan yang menggunakan alasan tidak tahu bagaimana untuk mengiklankan syarikat mereka dalam talian, tidak perlu risau. Terdapat berita baik, pelbagai cara untuk memulakan penggunaan media sosial untuk membina laman web anda untuk membuat profil dan membina sebuah kedai dalam talian. Bawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya – seorang perunding boleh membantu anda membina laman web anda dan membentuk semula jenama perniagaan anda.

3 . Semua orang sudah tahu tentang perniagaan saya.

Siapa mereka? Dan adakah mereka benar-benar pelanggan anda yang dapat membantu mengembangkan perniagaan anda?

4. Saya tiada masa.

kognifi_bantahan_Tiada-Masa

Ramai yang sudah memberi alasan sebegini? Walau bagaimanapun, mungkin ada kebenaran untuk itu tetapi jangan risau. Selain itu, terdapat beberapa sumber untuk membangunkan laman web yang mudah dan percuma seperti WordPress, Weebly, Wix, yang boleh membantu anda untuk membina laman web anda dalam masa yang singkat sahaja.

5 . Saya tidak mempuntai bajet yang mencukupi.

kognifi_bantahan_Tiada-Bajet

Anda tidak perlu risau, terdapat banyak laman web dalam talian yang tidak memerlukan banyak kos untuk membina laman web anda sendiri dan bahkan membolehkan anda memasukkan pelanggan dan tempat tertentu yang anda targetkan. Facebook dan Twitter adalah salah satu daripada laman web tersebut

 

Summary
Agensi Pemasaran Digital dan SEO
Service Type
Agensi Pemasaran Digital dan SEO
Provider Name
Kognifi Sdn Bhd,
Suite 8-1, 8-2, Level 8, Menara CIMB,No. 1, Jalan Stesen Sentral 2, KL Sentral,Kuala Lumpur-50470,
Telephone No.(+60)3 2298 8440
Area
Malaysia
Description
Agensi Pemasaran Digital dan SEO. Kognifi adalah sebuah agensi pemasaran digital di Malaysia yang pakar di dalam membangun dan mereka bentuk laman web dengan fungsi SEO. Mahukan laman web anda dijumpai di enjin carian? Hubungi kami sekarang.
Call 2 Enquire
%d bloggers like this: